Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
"Maka peganglah sunnahku dan sunnah para khalifah yang lurus dan mendapat petunjuk, gigitlah dengan gigi gerahammu, dan jauhilah olehmu perkara-perkara yang baru, kerana setiap bidaah itu sesat."
Student - Mempelajari Islam dengan dalil
Kata Abu Darda: "Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wassallam bersabda: "Siapa yang menempuh suatu perjalanan untuk menuntut ilmu, nescaya dimudahkan Allah SWT baginya jalan ke syurga dan para malaikat akan merendahkan sayapnya kerana redha pada penuntut ilmu, dan sesungguhnya orang yang berilmu itu dimintakan ampunan oleh (penghuni) yang berada di langit dan di bumi sampai ikan besar di dalam air. Keutamaan orang yang berilmu atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di malam purnama atas seluruh bintang, sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau pun dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu, maka siapa yang mendapatkannya maka ia telah mendapatkan bahagian yang banyak". (HR. Ibnu Hibban, dinilai hasan oleh Al-Albani)